Yang benar hingga ke Syurga…

January 14, 2011 at 9:55 PM (Uncategorized)

Assalamu’alaikum...

lama benar aku tinggalkan tempat ini…
namun, pada hakikatnya, tempat ini banyak mengandungi informasi yang patut aku baca kembali sebagai peringatan bagiku…

sepertimana ramai teman2 yang seumur denganku yang lain, aku juga menerima banyak undangan untuk ke walimah temanku yang lain..
Alhamdulillah…
aku tumpang gembira buat mereka..
Semoga rumahtangga yang dibina kekal dan dirahmati dan diberkati oleh Allah hingga ke syurga! AMIN!!!
Semoga cahaya mata mereka kelak dilindungi dan dididik oleh Allah!! AMIN!!!
:)

Pada masa yang sama,
ada juga terdetik di hati kecilku ini…
“bila pula masanya untukku menunaikan dan memenuhi imanku yang separuh ini?” bisik hatiku…
sungguh, semuanya Allah sahaja yang tahu…
“Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik, dan wanita yang tidak baik untuk lelaki yang tidak baik”
Dan aku yakin akan itu..kerna semua kata Allah adalah benar…

Melihat diriku kembali, aku jauh sekali daripada baik…
jauh sekali daripada beriman…
jauh sekali daripada bertaqwa…
apa mungkin nanti suamiku juga adalah seperti itu?
TIDAK! AKU TIDAK MAHU YANG SEBEGITU…
YA RABBBB……………….

justeru itu,
aku bertekad dan berazam untuk merubah diriku…
mulanya dari sekarang..
detik ini…
waktu ini…
masa ini…
tatkala jari jemariku rancak berdansa di atas kekunci laptop ini…
aku yakin aku boleh…
aku yakin masih ada waktu untukku berubah sebelum jodohku disampaikan dan dikurniakan kepadaku..
AKU YAKIN…
“Tiada yang dapat merubah seseorang itu melainkan dirinya sendiri”

seperti yang pernah aku sampaikan,
ciri zauj idamanku dan semua adalah…….

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macam mana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Biar apa jua kata orang, agamanya tetap yang paling utama untuk dijaga. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Menjauhi segala sifat yang Allah murkai: berbohong, dll. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam. Tidak kisah akan apa orang kata ataupun apa jua situasi. Maruah diri sebagai seorang Muslim tetap dijaga dengan sebaiknya.

4-Amanah. Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tidak amalkan cara hidup bebas. Terjaga setiap langkah dan caranya.

8-Rakan pergaulannya. Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Yang beriman, bertaqwa, dll.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli keluarganya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Sentiasa mengingatkan kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.

( Source: http://barukisuglimpse.tumblr.com/post/668997577/kurniakan-daku-zauj-yang-soleh — Edited )

Mungkin ini hanyalah gambaran yang sedikit..
Pasti lebih banyak lagi yang tidak dapat diungkapkan oleh lisan atau kata2..
Lantas, seperti yang ku luahkan tadi, aku harus berubah dan memiliki ciri2 itu dahulu..
Amin!

Aku yakin Allah mendengar segala yang ku ucapkan dan luahkan ini…
aku yakin…
dan aku berharap dan berdu’a hanya kepadaNYA…
Kerna semuanya di dalam genggamanNYA!

Ya Rabb…Kabulkanlah permintaan hambaMu yang dhaif dan lemah ini..
Ampunilah aku kerna sesungguhnya aku tidak layak untuk meminta2…
Ampunilah segala dosa, keterlanjuran kata dan perbuatanku…
Ampunilah aku..
AMIN!

Aku pingin zauj yang beriman, bertaqwa, beramal soleh..
zauj yang penyayang, pembimbing, dan lembut kepada isterinya..
zauj yang mencontohi Rasulullah s.a.w.
zauj yang imannya, taqwanya tidak goyah walau apapun yang dilaluinya..
kerna ALLAH dan Rasulullah sentiada di hati, jiwa, fikiran, kelakuan, lisan dan lidahnya…
kurniakanlah aku zauj yang seperti ini hingga ke SyurgaMU, Ya Rabb……..

Aku pula pingin menjadi seorang isteri yang taat kepadaMU, RasulMU, dan suamiku..
Penyayang, pendamping suamiku yang melegakan segala kekhuatirannya..
Yang menghormati dan tetap setia kepada suamiku walau apa jua yang melanda dan menimpa..
Yang mengambil contoh daripada Ummul Mukminin, Khadija r.a. dan juga Aisyah r.a…
Ajarkanlah dan didiklah aku untuk menjadi yang terbaik buat suamiku hingga ke SyurgaMu, Ya Allah……..

satukanlah hati kami Ya Rabb…
berkatilah dan rahmatilah kami Ya Allah…
terangilah hati, jiwa dan diri kami dengan Nur Rasulullah s.a.w.
agar tatkala kami memandang dan berbicara akan sentiasa mengingatkan kami kepadaMU dan RasulMU…
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa…
Aku berserah dan berharap hanya kepadaMu!!!
amin!!!

Semoga jodohku dipercepatkan dan didekatkan kepadaku…AMIN!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.